说明书 Khind BL600P 搅拌机
需要您的 Khind BL600P 搅拌机 手册吗? 您可以在下面免费查看和下载中文版 PDF 手册。 该产品目前有 2 个常见问题,0 条评论,有 0 票。 如果这不是您想要的手册,请联系我们。
您的产品是否出现故障而说明书没能提供解决方案?请前往 Repair Café 以获得免费维修服务。
说明书
Loading…
Please read this manual carefully before operating this product. Keep this manual handy for future reference.
请在使用此产品前,详读此说明书。并将之收藏以作日后参考。
Sila baca buku panduan ini dengan teliti sebelum menggunakan produk ini. Simpanlah untuk rujukan masa depan.
Important / 重要/Mustahak
P/N: 40-50464-00
This manual is also available online
model / 型号
BL600P
Instruction Manual / 说明书/Buku Panduan
www.khind.com.my
65
Personal Blender /
个人搅拌机
/
Pengisar Peribadi
Perhatian
1. Sebelum pengisar disambungkan ke bekalan kuasa, pastikan:
- Pengisar telah dipasang dengan kemas.
- Sumber bekalan kuasa adalah sama seperti spesifikasi yang ditetapkan.
2. Sentiasa tanggalkan plug selepas setiap penggunaan.
3. Pastikan botol pengisar tidak diisi melebihi 600ml untuk hasil yang terbaik.
4. Hidup dan matikan pengisar secara berselang untuk menanggalkan sebarang
bahan yang melekat di dalam botol pengisar.
5. Buah-buahan dan sayur-sayuran hendaklah dipotong kecil sebelum dikisar.
6. Jangan gunakan perkakas tanpa sebarang bebanan di dalam botol pengisar.
7. Jangan gunakan pengisar berterusan melebihi 3 minit. Matikan suis dan biarkan motor sejuk selama seminit
sebelum mengisar lagi.
8. Jangan isi kandungan berlebihan ke dalam botol pengisar pada sesuatu masa atau menggunakannya dalam
masa terlalu lama. Pengisar ini dilengkapi dengan Pautan Termal tetapan semula untuk melindungi motor
dari panas lampau. Sekiranya berlaku panas lampau, Pautan termal akan memutuskan bekalan kuasa dan
akan menyambung semula bekalan kuasa diantara 10-30 minit secara automatik selepas motor kembali sejuk.
9. Jangan isikan bahan yang bersuhu melebihi 70˚C ke dalam botol pengisar.
10. Patuhi peraturan pemasangan sebaik-baiknya sebelum digunakan. Pengisar ini untuk kegunaan di rumah
sahaja.
11. Jika talikod telah rosak, ia mesti diganti oleh pengilang, wakil servis atau orang yang berkelayakan untuk
mengelakkan sebarang bahaya.
12. Perkakas ini bukan untuk digunakan oleh orang ( termasuk kanak-kanak ) yang kurang upaya fizikal, deria
atau kecacatan mental, atau kurang pengalaman dan pengetahuan, melainkan mereka diberi perhatian atau
tunjuk ajar berkaitan penggunaan perkakas oleh orang yang bertanggungjawab untuk keselamatan mereka.
Kanak-kanak haruslah diperhatikan untuk memastikan mereka tidak bermain dengan perkakas ini.
13. Berhati-hati apabila mengendalikan bilah pemotong yang tajam, mengosongkan botol dan semasa
pembersihan.
Adalah disyorkan agar perkakas ini dicuci setiap kali selepas digunakan.
1. Sentiasa tanggalkan perkakas dari soket sebelum dibersihkan.
2. Bersihkan bahagian luar badan motor
dengan kain lembap. Jangan rendam badan
motor ke dalam air.
3. Bersihkan botol pengisar dengan air sabun dan bilas dengan air bersih. Berhati-hati dengan bilah yang
tajam.
4. Pastikan badan motor telah kering sepenuhnya sebelum digunakan semula.
5. Jangan gunakan minyak gas, bahan kimia/ agen pencuci kasar untuk membersihkan perkakas.
1. Letakkan botol pengisar pada permukaan yang rata. Isikan bahan-bahan
yang ingin dikisar ke dalam botol pengisar tersebut. Jangan isi
bahan-bahan melebihi tanda 600ml pada botol pengisar.
Cadangan penggunaan:
2
/5 dari kapasitinya adalah untuk bahan-bahan
yang ingin dikisar dan
3
/5 dari kapasitinya diisikan dengan air.
2. Pasang Pemasangan Bilah pada bukaan botol. Terbalikkan botol,
selarikan tanda anak panah pada Pemasangan Bilah kepada tanda yang
ada pada tapak pengisar. Pusingkan arah jam untuk mengetatkan botol
pengisar pada tapak pengisar.
Tekan butang pada badan pengisar untuk memulakan kisaran. Proses
mengisar akan berhenti jika anda melepaskan butang atau botol pengisar
ditanggalkan dari tapak pengisar.
3. Terbalikkan semula botol dan letakkan botol pengisar ke atas permukaan
rata. Tanggalkan pemasangan bilah dan gantikan dengan penutup
minuman. Bawalah botol tersebut bersama anda sepanjang hari untuk
kekalkan hidrasi.
4. Perkakas ini direka dengan system keselamatan. Jika botol tidak dipasang
dengan betul, perkakas tidak akan berfungsi. Untuk tujuan keselamatan,
matikan suis dan tanggalkan plug setiap kali selepas menggunakannya.
5. TIP-TIP MENGISAR
- Letakkan cecair ke dalam botol terlebih dahulu, kecuali resepi
menyatakan sebaliknya.
- Potong kecil buah-buahan dan sayur-sayuran dalam anggaran saiz
¾ inci (1.8cm) to 1 inci (2.5cm).
- Jangan isi botol berlebihan. Jika motor tidak bergerak, berhenti
mengisar, biarkan motor pengisar sejuk dalam tempoh 10-30 minit.
Kemudian, kurangkanlah bebanan di dalam botol pengisar sebelum
sambung mengisar.
- Pengisar ini tidak boleh melenyek kentang, memukul putih telur atau
air susu gentian, mengadun doh yang kental atau mengisar daging
mentah.
Aras “Max”
600mL
400mL
20 Oz
Loading…
常见问题
请给产品评分,告知您对Khind BL600P 搅拌机看法。您是否希望分享对该产品的体验或提出问题?请在页面底部留言。有关本说明书的更多信息
我们知道,为您的 Khind BL600P 搅拌机 提供纸质手册是件好事。 您随时可以从我们的网站下载该手册并自行打印。 如果您想要原始手册,我们建议您联系Khind。 他们也许能够提供原始手册。 您是否正在寻找其他语言版本的 Khind BL600P 搅拌机 手册? 在我们的主页上选择您的首选语言并搜索型号以查看我们是否有可用。
规格
品牌 | Khind |
模型 | BL600P |
类别 | 搅拌机 |
文件类型 | |
文件大小 | 2.75 MB |
关于 Khind BL600P 搅拌机 的常见问题
我们的支持团队将搜索有用的产品信息并回答常见问题。如果您在常见问题中发现不准确的回答,请使用联系表格告知我们。
加入有关该产品的对话
您可以在这里分享您对 Khind BL600P 搅拌机 的看法。 如果您有疑问,请先仔细阅读手册。 可以使用我们的联系表索取手册。